Penjagaan dan Penggayaan

Leave a comment

April 28, 2012 by nabeehahmohdehsan

Kasut tidak hanya berfungsi sebagai pelapik kaki bagi memberi keselesaan, malah ia melengkapkan penampilan diri agar menarik dan anggun ketika melangkah. Sesuai dengan fungsinya sebagai pelindung kaki dan penambah gaya, pemilihan kasut juga harus dilakukan dengan berhati-hati agar ia tidak menimbulkan masalah seperti kaki sakit dan melecet.

Ironinya, setiap orang akan menggayakan kasut sepanjang masa. Tidak kisahlah berjenama ataupun tidak, yang penting pemakaian kasut (walaupun kedudukannya paling bawah dalam penampilan diri) mampu menyuntik seri selain menjadi alat keyakinan diri ketika melangkah bagi sesetengah individu.

Bagi golongan pengguna, mereka tidak kisah memakai kasut yang harganya mencecah ribuan ringgit. Asalkan kasut itu dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi, asli dan cantik, itu sudah cukup untuk mereka gayakan.

Bunyinya nampak mudah, membeli kasut berjenama dan mengayakannya ke mana sahaja. Bagi golongan berada tentulah mereka tidak berhadapan dengan masalah tersebut tapi yang terdiri golongan pertengahan hanya sekadar memandang koleksi di rak kasut di sebuah kedai dan seterusnya berlalu pergi dengan begitu sahaja.

CONTOH KASUT BOLA JARING

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: