Format Permainan

Leave a comment

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

1. AM
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Jaring Penjara Malaysia

2. PENGANJUR/PENGELOLA
Pertandingan ini dianjur oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia dan dikelolakan oleh Institusi Penjara yang
dipilih.

3. PENDAFTARAN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pegawai/anggota/kakitangan yang bertugas di bawah
Jabatan Penjara Malaysia.
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sepuluh (10) orang pemain menggunakan Borang
yang telah disediakan.
3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku
sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara
automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak
sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

4. FORMAT PERTANDINGAN
4.1 Masa permainan adalah 25 minit (10 minit setiap separuh masa dan 5 minit rehat).
4.2 Pilihan 1 (sekiranya pasukan yang menyertai ialah enam (6) pasukan atau lebih):
4.2.1 Pusingan awal:
Pertandingan akan dijalankan secara liga dua kumpulan iaitu A dan B. Pasukan yang
menyertai akan diundi bagi menentukan kumpulan masing-masing pada tarikh dan
masa yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
4.2.2 Pusingan Separuh Akhir dan Akhir:
Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ke pusingan separuh akhir. Johan
kumpulan A akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan B, dan Johan Kumpulan B
akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan A. Pemenang kedua-dua perlawanan
tersebut akan ke pertandingan akhir manakala yang kalah pula akan menentukan
tempat ketiga dan keempat.
4.3 Pilihan 2 (sekiranya pasukan yang menyertai kurang dari enam (6) pasukan):
4.3.1 Pertandingan akan diadakan secara liga di mana semua pasukan akan bertemu
antara satu sama lain.

5. PERATURAN DAN UNDANG – UNDANG PERTANDINGAN
5.1 Pasukan / penukaran pemain
5.1.1 Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain
sebelum satu-satu perlawanan dimulakan. Jika kurang pasukan tersebut dikira kalah.
5.1.2 Bila seorang pemain mengalami kecederaan dan tidak menyambung permainan,
permainan boleh dihentikan dua (2) minit untuk menentukan samada pemain itu boleh
meneruskan permainannya. Keputusan akan dibuat oleh pegawai pasukan itu. Hanya
dua (2) pegawai dibenarkan ke gelanggang pada masa itu.
5.1.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas waktu
rehat separuh masa.
5.1.4 Pemain yang lewat sampai tidak dibenarkan mengambil tempat seorang pemain yang
telah mengambil kedudukan lewat itu. 5.1.5 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan dihentikan kerana kecederaan dan
pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa.
5.1.6 Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10) minit
sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya mana-mana pasukan yang gagal berada di
gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya
dimulakan, maka kemenangan percuma akan diberikaan kepada pasukan lawan
dengan mata 15 – 0.
5.2 Selain daripada peraturan-peraturan pertandingan yang dinyatakan, pertandingan ini tertakluk
dengan Undang-Undang Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (International Federal of Netball-
IFNA)
5.3 Sekiranya terdapat percanggahan di antara terjemahan undang-undang permainan dengan
undang-undang IFNA, maka undang-undang IFNA perlulah dipatuhi.
5.4 Sekiranya timbul perkara yang tidak dikuasai oleh kedua-dua undang-undang permainan, maka
keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur dari aspek teknikal.
5.5 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana peraturan jika difikirkan
perlu.
5.6 Penentuan kemenangan – Setiap kemenangan akan diberi dua (2) mata, seri satu (1) mata, dan
kalah (0) mata. Jika berlaku lebih dari satu pasukan mendapat mata yang sama, maka kaedah di
bawah digunakan untuk menentukan pemenang:

i. Sekiranya masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira pemenang.
ii. Sekiranya masih seri, pasukan yang paling kurang ‘bolos’ dikira pemenang
iii. Sekiranya masih seri juga, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya di peringkat
awal dikira pemenang.

5.7 Pakaian:
5.7.1 Pakaian yang digunakan oleh setiap pasukan bertanding hendaklah seragam iaitu
mempunyai corak, bentuk dan warna yang sama. Pakaian tersebut hendaklah dipakai
setiap kali bermain sepanjang pertandingan ini.
5.7.2 Pemain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar track/tight panjang.
5.7.3 Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set ‘bibs’ yang berlainan warna.
Sekiranya kedua-dua pasukan mempunyai ‘bibs’ yang sama maka pasukan yang
disebutkan lebih awal hendaklah menukar ‘bibs’ mereka.

6. PENGADIL PERTANDINGAN
Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pangadil-pengadil yang bertauliah sepanjang pertandingan.
Segala keputusan pengadil berkaitan undang-undang permainan adalah muktamad.

7. BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang
dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: