Peraturan Permainan Bola Jaring

Leave a comment

PENGADIL

Terdapat dua orang pengadil dan dua orang pegawai yang terdiridaripada seorang penjaga masa dan seorang lagi pencatat masa.Pengadil bertanggungjawab untuk memeriksa gelanggang, peralatan,pakaian pemain sebelum permainan dimulakan serta mengawalpermainan semasa ia berlangsung.
PAKAIAN
Pemain akan memakai pakaian seragam yang sesuai.Kebiasaannya pakaian mereka terdiri daripada baju-t, seluar panjang,stoking, kasut dan bip. Bip dipakai diluar baju-t dan setiap bip ditulis namatugas setiap pemain. Nama tugas ini tertera di bahagian depan danbelakang bip.
CARA BERMAIN
Bilangan keseluruhan pemain bagi satu pasukan dalam satugelanggang ialah tujuh orang. Ini bermakna ada 14 orang orang pemaindalam satu gelanggang. Tempoh masa juga telah ditetapkan oleh pengadildan diketahui oleh pemain.
PERMULAAN PERMAINAN
Sebelum permainan dimulakan, pengadil akan menentukanpasukan yang mana akan membuat lontaran mula. Kebiasaannya,lontaran ini ditentukan melalui undi melontar syiling. Setiap ketua pasukanakan memilih tanda belakang atau depan syiling tersebut. Bagi ketuapasukan yang dapat memilih dengan tepat akan membuat lontaran mula.
Manakala bagi pihak ketua pasukan lawan akan memilih kawasan golyang digemarinya.Sebelum pengadil meniup wisel untuk memulakan permainan,setiap pemain akan berada di kawasan masing-masing. Manakala C(centre) akan bersedia di kawasannya untuk memulakan lontaran mula.

Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan dan strategi menjaring untuk mencapai kemenangan. Strategi yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya pasukan lawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan. Pasukan tersebut akan dapat bermain dengan lebih cemerlang jika strategi mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan lawan, terutamanya semasa membuat hantaran tengah, hantaran ke dalam atau lambungan. Strategi ini diperlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh supaya pemain dapat memahami serta mengaplikasikannya dalam permainan yang sebenar. Latihan intensif diperlukan untuk membiasakan pemain-pemain dengan strategi yang dirancang. Jika tidak, strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: